Monday, October 11, 2010

PESANAN BUAT SUAMI – Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah (dipetik dari tipskahwin.com)

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?


11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Kita Kembali



haluuuuu.....i'm back!!! lama btol x update blog ni..dah bersawang dh pondok kecil kite nih..byk nak kena kemas ni..debu2 pon berkilo2 kt pondok kecil kita..jiran dh bertambah pon x sedar.huhu..welcome my bestest fren ena @ http://udaenamia.blogspot.com/ dalam dunia "pembloggan".

alhamdulillah..mujur lah ade yang sudi menziarah n menegur kite kat sini..kalo x kite mmg x update lah blog ni..mohon maap jgk coz tinggalkan pondok kecil ni tanpa apa2 cite besttt n bermanfaat untuk sekian lama..bkn sebab xde cite best,panas,meletup....taaaapiiii sebab penyakit mim alif lam sin yang ade dalam diri kite...dan d tambah lg dengan xde nye lappy n broadband sendri maka makin lama lah pondok kecil ni di tinggal sepi..huh..

seingat kite,las kite post cite kt sini masa kite keje kt tempat lama dulu, kt subang...mb awal thn ni kot. uhhh lama gile!.okeh kt sini kite nk update cite kite sket...dari tempat tinggal sehinggalah ke tempat keje,suasana keje,penampilan,status sume dah brubah.dalam masa beberapa bulan je. dan kite sndri pon x sangka byk pekara yg bkaitan diri kite dh brubah.

lets talk about career first cz kije kite skang memang totally merubah diri kite..dulu keje dalam bilik,depan sejibik komputer. gi keje pukul 8.30 blk keje pkl 5. tiap2 hari keje..hari sabtu pon keje... bosannnn asek buat benda sama hari2...kite tgk komputer,komputer tgk kite....alhamdulillah starting of Mac, alhamdulillah kite dapat offer sebagai cikgu gstt kt salah sebuah skolah kt ampang (bandar yg glamer ngn jem!!!..tensen). dulu2 masa skolah ingat keje cikgu ni senang n blh rehat byk.. yelah gi skolah 7.30 pagi then balik 2.30 ptg..pastu cuti lak banyak..budak cuti kite pon cuti ler..hoooreyyyy!!!! tp bila dh bergelar cikgu ni..fuh, byk sggh kije..ari2 ade kije..bkn mengajar je tp byk lg keje lain perlu di buat..walaupon kije slalu je ade..tapi kite x rasa nak quit malah btambah hepi especially dapat layan budak2. kebetulan kite dilantik jadi guru tingkatan memang nak kena close ngn diorang..ermmm kekadang trasa sakit kepala jgk dgn attitude bdk2 tapi masa ni lah nak belajar mengawal emosi dan bersabar!



ok..tu bab keje dan kerjaya baru kite...tutup dulu..nt kite post specific cite about my student 3 cekal kat pondok kecil ni nanti..coming soooooooonnnn...


slain dari keje my status jugak brubah. macam lagu everybody's changing - keane plak.huhu...alhamdulillah pada 07 June 2010..kite telah selamat bertunang..so skang ni boleh dikatakan tengah berat kepala dengan perancangan2 perkahwinan.my old fren said that i'm the perfectionist..kalo blh nak rancang satu2 n buat biar perfect majlis tu that why la kite ni sakit kepala pikir tapiiiii sbenarnye xde lah nk perfect pon majlis tu..kalo nak perfect memang pokai lah. bg kite majlis tu bialah simple tapi berjalan dengan lancar..baru rasa lega..ape pon..my fiancee n me dah start plan sket2 what should we do...doakan semoga ape yang kami rancangkan ni berjalan dengan lancar dan d berkati Allah S.W.T..amin3....

ops..times up!!! kite rasa kite kena sambung cite next time lah cz kite tiba2 ade kije nak d setelkan...kepada sume kawan2, teruslah jenguk2 pondok kecil kite ..insyaAllah kite akan cuba luangkan masa untuk update cite kat sini..so see u soon...daaa..salam

Wednesday, February 17, 2010

Bagaimana mengawal marah mu?


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.


Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.

Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.”
“Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.



Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
(1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
(2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
(3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
(4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
(5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
(6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
(7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
(8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
(9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.


Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.


Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal


Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah “PAKU DI DINDING” ini.


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapatmengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja,pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul pakumenembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembalipaku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata‘”Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesanlubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatansama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukansesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesalatas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”’.


kredit to:PakarHowTo


p/s: orang yang kuat sebenar nya adalah orang yg dapat mengawal kemarahannya.

Tuesday, February 16, 2010

Kasih Ibu Tiada Penghujungnya

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.


Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajahcomel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.


Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.


Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anaktetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.


Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yangsanggup berkorban.

Setahun berlalu…


“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah.


Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.


“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.


”Tak mungkin,” balas si ayah.


“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”


“Bila?” tanya si anak.


“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunyamengangguk-angguk.


Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.


Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya.


“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”


Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.


Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAHTELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, ‘love u ma’.

Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah


" Isteri mengimpikan suami sehebat Rasulullah, suami pula mengimpikan isteri setabah Khadijah"


Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah menyingkap petua2 cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip2 berguna serta amalan doa2 tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.


  • bagaimanakah mahu menjadi isteri pujaan suami?

  • apakah petua kasih dan bahagia

  • benarkah sekiranya sudah jodoh tidak kemana?

  • sejauh manakah isteri berjaya mengurut ego suami?

  • adakah amalan doa dapat mengharmonikan hubungan suami isteri?

  • siapakah orang pertama yang perlu di tambat hatinya?

Buku ini mampu menjawab segala persoalan yang selalu bermain di minda si teruna dan dara yang masih mencari calon mahupun yang sudah ada calon, termasuk pasangan suami isteri yang sedang melayari alam perkahwinan.

Aktiviti 14 Feb 2010

Bermula minggu lepas, aku masih tercari2 aktiviti yang akan di isi pada cuti Perayaan Tahun Baru Cina kali ni. cuti nye agak panjang dan aku tak pula pulang ke kg di kelantan (di atas sebab ketiadaan tiket bas). Semasa waktu lunch di ofis, aku sempat "membelek2" website tentang cerita2 motivasi islam. tiba2 terlihat title "Bagaikan khadijah di hati Rasulullah" dari website http://zamrimohamad.com/blog/tag/bagaikan-khadijah-di-hati-rasulullah/ . blogger merupakan salah seorang penulis buku "Bagaikan Khadijah di hati Rasullah". Setelah membaca sinopsis, teringin pulak untuk memiliki buku yang sangat menarik ni. selain cover yg menarik, isi kandungan juga memang memikat hati untuk memiliki. Jika dapat buku ni,mmg terisi lah cuti panjang ku nanti.

Pada 14 Feb 2010, aku dan housemate ku ke midvalley. nak bawa kazen hosemate aku dari sarawak jalan2 di midvalley. sempat kami masuk ke mph, aku terus ke cari buku bagaikan khadijah di hati Rasulullah,tapi susah nya nak jumpa. terpaksa tanya pada sales girl..uhh membebel plak bdk pompuan tu kerana memcari buku yg aku maksudkan. dalam hati nak je cakap "kalo x nak cari,jangan lah keje kt sini..i have the right and this is your responsibilities!". itukan salah satu keje nye, nape mesti membebel plak.dah lah depan customer. kalo x kerana buku tu, dah lama aku blah. then, datang sorang sales boy india..dia tanya aku buku tu color ape..then aku ckp "color merah hati,macam ni" (sambil tangan menarik satu buku). rupa2 nye buku yang aku tarik tu buku yang aku cari "bagaikan khadijah di hati Rasulullah". pas cakap thanks terus ke kaunter untuk bayar. so i got it!!! :)

Friday, February 12, 2010

Kawan vs Sahabat..


Arini terdetik d hati utk menulis tentang sahabat dan kawan..penangan rindu dekat kawan2 ku masa study dulu (kami gelarkan geng lanun..ade kisah d sebalik nama ini,mungkin akn ku selitkan d artikel ku yang lain).


dari pembacaan aku sebelum ini, banyak artikel2 yg aku baca mendefinasikan sahabat dan kawan adalah sebuah hubungan yang berbeza walaupon kedua2 nye mempunyai maksud yang sama di dalam kamus dewan. kenapa ia berbeza?


bagiku..sahabat adalah seseorang yg dapat sama2 berkongsi susah dan senang. tidak kira samada kita meminta pertolongan nya atau tidak.dia akan sendiri bertanya "awak nampak sedih..kalo ada masalah ..ceritalah,sy sudi mdengar..manatau sy dapat tolong". nah,itulah sahabat.. berbanding kawan yg biasa bertanya "awk ok ke ni?" dan berlalu pergi. begitu kah orang yg ingin sama2 berkongsi susah dan senang? kawan biasa di definisikan seseorang yang akn berada dgn kita masa kita senang n apabila dia perlukan kita demi kepentingan diri dia saja!!!


sepanjang aku hidup selama 26 tahun ni,alhamdulillah Dia menganugerahkan sahabat yang betol2 memahami dan akan selalu di sisi aku tak kira waktu susah atau pon senang... kami sama2 berkongsi masalah dan pendapat terus dari hati masing2. kalau aku salah, sahabatku nasihatkan aku..kalo dia salah aku tanpa segan aku menasihati nya pula...kami bagaikan adik beradik yg berlainan ibu dan bapa!


gaduh? ya, kami pernah bergaduh,perang dingin kerana terguris hati. sudah nama nya manusia..mempunyai hati, perasaan dan emosi, bisa terguris.tpernah terjadi dalam hubungan kami,tp kami sering gunakan pendekatan yg matang demi hubungan persahabatan kami.kami akan luahkan apa yang kami rasa kan.dan cuba bertolak ansur...dari situ kami saling menasihati.kalo salah jangan berat mulut untuk minta maaf...luahkan saja. tidak kemana kalo ego itu d pertahankan. jangan d simpan perasaan mu dalam hati.orang lain tak dapat membaca nya...luakan dan bertolak ansur.kalo dia kawan,dia tentu akn tinggalkan kamu..tp kalo dia sahabat dia akan menasihati kamu dan sentiasa d sisi kamu. kamu dapat menilainye di sini siapa sahabat siapa kawan!


bukanlah maksudku ingin mengkategorikan kawan dan sahabat itu..tapi kamu semua tentu setuju.kawan dan sahabat adalah satu hubungan yang berbeza. fikir2 kanlah...



WASIAT AL-QAMAH

Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yg ingin kita jadikan sahabat bolehlah kita contohi daripada wasiat yang diberikan oleh al-Qamah kepada anaknya.......Katanya :


"Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dengan seseorang maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini iaitu :

Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan merupakan hiasan dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima denganrasa terharu,

jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung-hitungkan.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, dan dianggap sangat berguna, sedangkan jikalau ia mengetahui tentang keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,pasti ia memberi, jikalau engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka mengusahakannya dan jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu."

p/s: "Seorang sahabat akan membuat anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya"

Thursday, February 11, 2010

Satu Percubaan

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi..setelah sekian lama ingin mempunyai blog sendiri akhirnye tercapai juga..walaupon sebenarnye secara accidentally selepas tgk blog sorang kawan satu universiti...just try click then key in related data,terus dapat satu blog n d namakan pondok kecil. nama ni pon secara accidentally d pilih. tiba2 terlintas kt kepala..pondok kecil tempat berehat petang2..begitu jgk motif penubuhan blog ni..sebagai satu tempat utk aku rehatkan otak dan menulis ape yg d rasakan d hati...

hopefully dgn blog ni akan jadi satu titik tolak utk aku bljr menulis.mana tau,minat menulis yg dah ade skang makin mendalam..n dapat share sesuatu yang positif dengan anda semua..insyaAllah..mudah mudahan....