Wednesday, February 17, 2010

Bagaimana mengawal marah mu?


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.


Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.

Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”.

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.”
“Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia “tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.



Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
(1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
(2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
(3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
(4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
(5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
(6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
(7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
(8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
(9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.


Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.


Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal


Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah “PAKU DI DINDING” ini.


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapatmengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja,pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul pakumenembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembalipaku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata‘”Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesanlubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatansama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukansesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesalatas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”’.


kredit to:PakarHowTo


p/s: orang yang kuat sebenar nya adalah orang yg dapat mengawal kemarahannya.

Tuesday, February 16, 2010

Kasih Ibu Tiada Penghujungnya

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.


Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajahcomel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.


Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.


Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anaktetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.


Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yangsanggup berkorban.

Setahun berlalu…


“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah.


Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.


“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.


”Tak mungkin,” balas si ayah.


“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”


“Bila?” tanya si anak.


“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunyamengangguk-angguk.


Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.


Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya.


“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”


Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.


Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAHTELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, ‘love u ma’.

Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah


" Isteri mengimpikan suami sehebat Rasulullah, suami pula mengimpikan isteri setabah Khadijah"


Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah menyingkap petua2 cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip2 berguna serta amalan doa2 tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.


  • bagaimanakah mahu menjadi isteri pujaan suami?

  • apakah petua kasih dan bahagia

  • benarkah sekiranya sudah jodoh tidak kemana?

  • sejauh manakah isteri berjaya mengurut ego suami?

  • adakah amalan doa dapat mengharmonikan hubungan suami isteri?

  • siapakah orang pertama yang perlu di tambat hatinya?

Buku ini mampu menjawab segala persoalan yang selalu bermain di minda si teruna dan dara yang masih mencari calon mahupun yang sudah ada calon, termasuk pasangan suami isteri yang sedang melayari alam perkahwinan.

Aktiviti 14 Feb 2010

Bermula minggu lepas, aku masih tercari2 aktiviti yang akan di isi pada cuti Perayaan Tahun Baru Cina kali ni. cuti nye agak panjang dan aku tak pula pulang ke kg di kelantan (di atas sebab ketiadaan tiket bas). Semasa waktu lunch di ofis, aku sempat "membelek2" website tentang cerita2 motivasi islam. tiba2 terlihat title "Bagaikan khadijah di hati Rasulullah" dari website http://zamrimohamad.com/blog/tag/bagaikan-khadijah-di-hati-rasulullah/ . blogger merupakan salah seorang penulis buku "Bagaikan Khadijah di hati Rasullah". Setelah membaca sinopsis, teringin pulak untuk memiliki buku yang sangat menarik ni. selain cover yg menarik, isi kandungan juga memang memikat hati untuk memiliki. Jika dapat buku ni,mmg terisi lah cuti panjang ku nanti.

Pada 14 Feb 2010, aku dan housemate ku ke midvalley. nak bawa kazen hosemate aku dari sarawak jalan2 di midvalley. sempat kami masuk ke mph, aku terus ke cari buku bagaikan khadijah di hati Rasulullah,tapi susah nya nak jumpa. terpaksa tanya pada sales girl..uhh membebel plak bdk pompuan tu kerana memcari buku yg aku maksudkan. dalam hati nak je cakap "kalo x nak cari,jangan lah keje kt sini..i have the right and this is your responsibilities!". itukan salah satu keje nye, nape mesti membebel plak.dah lah depan customer. kalo x kerana buku tu, dah lama aku blah. then, datang sorang sales boy india..dia tanya aku buku tu color ape..then aku ckp "color merah hati,macam ni" (sambil tangan menarik satu buku). rupa2 nye buku yang aku tarik tu buku yang aku cari "bagaikan khadijah di hati Rasulullah". pas cakap thanks terus ke kaunter untuk bayar. so i got it!!! :)