Tuesday, February 16, 2010

Aktiviti 14 Feb 2010

Bermula minggu lepas, aku masih tercari2 aktiviti yang akan di isi pada cuti Perayaan Tahun Baru Cina kali ni. cuti nye agak panjang dan aku tak pula pulang ke kg di kelantan (di atas sebab ketiadaan tiket bas). Semasa waktu lunch di ofis, aku sempat "membelek2" website tentang cerita2 motivasi islam. tiba2 terlihat title "Bagaikan khadijah di hati Rasulullah" dari website http://zamrimohamad.com/blog/tag/bagaikan-khadijah-di-hati-rasulullah/ . blogger merupakan salah seorang penulis buku "Bagaikan Khadijah di hati Rasullah". Setelah membaca sinopsis, teringin pulak untuk memiliki buku yang sangat menarik ni. selain cover yg menarik, isi kandungan juga memang memikat hati untuk memiliki. Jika dapat buku ni,mmg terisi lah cuti panjang ku nanti.

Pada 14 Feb 2010, aku dan housemate ku ke midvalley. nak bawa kazen hosemate aku dari sarawak jalan2 di midvalley. sempat kami masuk ke mph, aku terus ke cari buku bagaikan khadijah di hati Rasulullah,tapi susah nya nak jumpa. terpaksa tanya pada sales girl..uhh membebel plak bdk pompuan tu kerana memcari buku yg aku maksudkan. dalam hati nak je cakap "kalo x nak cari,jangan lah keje kt sini..i have the right and this is your responsibilities!". itukan salah satu keje nye, nape mesti membebel plak.dah lah depan customer. kalo x kerana buku tu, dah lama aku blah. then, datang sorang sales boy india..dia tanya aku buku tu color ape..then aku ckp "color merah hati,macam ni" (sambil tangan menarik satu buku). rupa2 nye buku yang aku tarik tu buku yang aku cari "bagaikan khadijah di hati Rasulullah". pas cakap thanks terus ke kaunter untuk bayar. so i got it!!! :)

2 comments:

  1. huh!!memang..akak pun dah terkena cmtu..akak paling pantang klu keja2 biasa ni nak berlagak lebih..dah keja tu..wat je la..hampeh tul..

    ReplyDelete
  2. kalo itu tanggungjawab,laksanakan baik2. membebel byk2 kalo Allah tarik punca rezeki tu mcm mana?

    ReplyDelete